Sunday, August 01, 2010

Ibu oh Ibu

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.

Dalam renunganku
terbayang satu wajah
yang suci dan bersih
Di sebalik wajah suci itu
Tersembunyi tanda-tanda penderitaan
yang terbuku.
Ibu
betapa besarnya pengorbananmu
betapa dalamnya kasihmu
betapa suci cintamu
terhadap diriku
sehingga
tidakalah dapat aku membalasnya
walaupun dengan permata
ataupun wang juta
hanyalah kasihku
hanyalah hatiku
yang dapatku berikan
sebagai tebusan segala pengorbanan
dan segala harapanmu
kakn ku tunaikan
dengan sepenuh jiwaku

Kini sudah 3 minggu ibu terlantar di serang Angin Ahmar. Kaku di katil, tidak mempu bergerak, tidak mampu makan, hanya mengharap pertolongan semata. Tidak sanggup abah menghadapi ujian sebegini. Betapa derita ibu melalui kehidupan yang dilakarkan. Setiap hari abah akan menghadap ibu mengusap seluroh badan membisikan ucapan kalimat Allah. Walaupun semua deria dilihat sudah tidak mampu berfungsi namun abah tetap tabah mengucapkan kalimah suci. Menuturkan bait-bait kalimah syahadah. Ibu. Tiada kata selain memohon kahadrat Allah Taala semua diringan beban derita yang di hadapi ibu ketika ini. Kesaorangan menempuh ujian Allah.

Ibu,
Kau Seorang insan berhati mulia,
Kau Seorang serikandi yang hebat,
Kau seorang manusia yang tak bias aku balas budimu.

Ibu,
Budimu bak membina gunung untukku,
Budimu mengandung, menyusu dan membesarkanku,
Kau sanggup bertarung nyawa untuk aku melihat dunia,
Itu semua tidak mampu aku membalasnya duhai ibuku.

Ibu,
Pesanmu tidak pernah aku lupa,
Jangan kau tinggalkan aku sendirian,
Di dunia yang penuh kepura-puraan,
Dunia yang penuh cabaran dan dugaan.

Ibu, tanpamu di sisiku,
Aku tak bias melan kehidpun ini dengan tenang,
Aku tak mahu engku pergi ibu,
Tapi mempukah aku melawan qada dan qadar Allah,
Melawan azali yang ditetapkan.

Ibu,
Sebelum dikau pergi dari alam fana ini,
Ampunilah dosaku duhai ibu,
Kaulah permata yang tak bias aku lupakan,
Aku mendoakan dirimu sentiasa bahagia di sisiNya.


Ya Allah. Hamba mu memohon agar penderitan ibu dapat dikurangkan.
Amin. Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, June 01, 2010

Selamat Bersara Cikgu Fauziah Harun

Assalamualaikum w.w.

Hari ini 1 Jun 2010, Sek. Keb. Bukit Gemuroh kehilangan seorang guru yang berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru. Selepas berkhidmat lebih kurang setahun di SKBG, beliau iaitu Cikgu Fauziah Harun telah membuat keputusan untuk bersara awal. Walaupun tidaklah lama berkhidmat di SKBG namun para ibu bapa amat mengenali Cikgu Fauziah kerana ideal dan keupayaan meleraikan kekusutan.

Abah yang menyandang sebagai Pengerusi PIBG turut hadir dalam majlis meraikan perpisahan Cikgu Fauziah pada hari ini. Kesedihan jelas kelihatan pada setiap pelajar yang menyertai majlis perpisahan pada hari ini.

Selamat bersara buat Cikgu Fauziah Abah ucapkan. Mudahan kesihatan dan kerisauan dapat diatasi sepanjang usia persaraan ini.

TERIMA KASIH DARI PIBG.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum w.w.

Salam 1Malaysia buat semua guru-guru seluroh malaysia.
Hari ini seluruh warga pendidik menyambut hari bersejarah dengan penuh kesyukuran. Sudah semestinya mereka boleh berbangga dengan usaha murni yang selama ini. Tanpa mereka negara tidak mampu menjana mayarakat berilmu. Tanpa mereka generasi intelek tidak berupaya dilahirkan. Sudah semestinya para pendidik layak diiktiraf dengan pengiktirafan yang tinggi. Kejayaan generasi akan datang banyak bergantung kepada dedikasi yang ditunjukkan oleh para pendidik.


Abah juga sering teringat akan kenangan silam dimana cikgu abah samada semasa abah di sekolah rendah maupun menengah. Cikgu Ghani Guru Besar, cikgu Mohd Nor, Cikgu Aziz antara guru yang banyak meninggalkan nostalgia sewaktu abah di sekolah rendah. Cikgu Mohd dan Cikgu Ramli antara cikgu abah disek menengah rendah yang masih mampu diingati. Teringat sewaktu perlawanan tinju antara Mohamad Ali menentang Joe Bagner kami para pelaja di beri peluang untuk menonton perlawanan tersebut dan dikumpul dalam kelas yang diubah suai menjadi menjadi dewan.

Semasa di Sek. Men. Atas abah telah mampu berdikari. Namun begitu didikan dan curahan ilmu dari guru telah meninggalkan kesan yang nostagia bila mana abah telah diberi kesempatan untuk belajar bermacam perkara. Cikgu Horly Issac antara yang banyak memberi pendedahan tersebut. Sudah tentu cikgu-cikgu lain juga telah dengan segala usaha memberi didikan yang baik juga kepada abah dan tidak termampu dibalas. Ucapan terima kasih sahaja yang mampu abah berikan selain dari memohon dari Illahi agar kehidupan dunia dan akhirat para guru abah dilindungi dari segala bencana.

SELAMAT HARI GURU.

Tuesday, May 11, 2010

Matrikulasi

Assalamualaiku w.w.

Selesai sudah satu penantian buat abah apabila Along telah selamat melapurkan diri di Kolej Mara Kuala Nerang. Walaupun hanya matrikulasi namun abah berbangga dengan ketabahan dan sikap ingin belajar yang ditunjukkan oleh along. Abah telah menyediakan yang terbaik untuk pelajaran anak-anak. Dengan berbekalkan doa, abah berharap selama setahun along di Kuala Nerang akan dapat memberikan tumpuan bagi merealisasikan kejayaan yang along cita-citakan.

Selain along, angah juga sedang berdepan dengan cabaran pertamanya di Sek. Men. Sains Dungun iaitu peperiksaan PMR pada tahun ini. Nampaknya tahun ini abah akan berdepan debaran yang besar juga. Namun begitu abah tetap yakin dengan keupayaan along dan angah untuk menempuh dengan cabaran ini.

Semasa melapurkan diri di KMKN, abah terpegun mendengar taklimat Puan Pengarah KMKN. Tidak disangkal lagi keupayaan KMKN melahirkan individu berjaya dalam bidang perakaunan. Kejayaan pelajar di sini sesungguhnya menjadi bualan para ibu bapa. Sebab itulah KMKN menjadi idaman para ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka kesana. Sepanjang berada di KMKN ( semasa pendaftaran ) abah sempat berbual dengan beberapa orang ibu bapa yang turut sama mengahantar anak-anak kesitu. Rata-rata melahirkan keyakinan bahawa anak meraka akan berupaya membawa balik kejayaan. Antara sebab utama ialah status KMKN yang memang berupaya mendidik anak bangsa.

Syabab Pengarah Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah.

Thursday, April 01, 2010

ADUHAI PARA PEROKOK


A

langkah baik sekiranya udara kita bersih, segar dan nyaman. Udara bersih memang sukar diperolehi sekarang. Kehidupan pula sering diganggu gugat dengan hirok pikok pelbagai suara. Kerana itulah ramai penghuni kota mengeloh dengan fenomena yang melanda pada masa ini. Dan kerana itulah juga setiap kali cuti hujung minggu, cuti perayaan maupun cuti persendirian akan dihabiskan bersama keluarga mengunjungi sekitar pusat perkelahan, air-air terjun serta taman negara bagi mendapatkan suasana semula jadi yang asli.

Diluar sana terdapat gelagat masyarakat yang masih terus menerus tidak menghiraukan amaran MEROKOK MERBAHAYAKAN KESIHATAN. Apa lagi yang boleh dibuat bagi MEMBANTU para perokok supaya menghentikan tabiat buruk ini. Berbagai kempen telah dibuat, amaran demi amaran telah dimaklumkan menjelaskan bahaya kepada perokok dan orang-orang tersayang disekeliling, namun semua itu masih tidak meninggalkan kesan. Abah pun turut sama cuba menyampaikan sedaya yang termampu bagi mengurangkan tabiat merokok. Hari ini dalam kosmo abah dikejutkan dengan satu lagi penemuan oleh seorang pakar akedemik dari Australia yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Apakah penemuan ini akan memungkinkan perokok akan cuba berhenti merokok terutama sekali kepada penganut yang beragama islam. Abah sekali lagi memohon agar perokok dapat meneliti akan pendedahan ini secara mendalam.

Akhir kalam dari abah BERHENTILAH MEROKOK.
Sekian, wassalam.

http://www.mylivesignature.com/signatures/54488/145/1C144589BB2D2CE2CAAAF7F3DCFACBAA.png


Thursday, March 11, 2010

Gegeran Kecil di Sekitar Tasik Kenyir

T

erkejut besar pagi ni bila abah buka Utusan Online. Satu berita yang mengejutkan bagi penduduk Pekan Kuala Berang.

KUALA LUMPUR 11 Mac — Gegaran lemah mungkin dirasai di sekitar Tasik Kenyir apabila satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku pada pukul 11.10 malam tadi.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.

"Terdapat kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar Tasik Kenyir,” kata kenyataan itu. — BERNAMA


Tasik kenyir menyimpan air yang cukup banyak yang memungkinkan pelbagai kemungkinan berlaku. Seluroh Pekan Kuala Berang Bandar dibawah Tasik akan "Tenggelam" kalu sesuatu terjadi kepada empangan pelana di Tasik Kenyir.

Fikir-fikirkan.

Monday, March 08, 2010

Mengorak Langkah

A

ssalamualaikum w.w.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu kerana bersedia menyahut cabaran yang mendatang. Diterajui oleh seorang pemimpin yang berjiwa besar ( walaupun badan kecil ) YB Rozi Mamat seorang yang lahir dari pemimpin belia diperingkat kampung kini bersedia mengemudikan sebuah bahtera belia dibantu oleh para pimpinan muda yang berjiwa besar. Abah kini melihat dari jauh akan kesungguhan dan kewibawaan pimpinan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu untuk membentuk generasi belia yang komited serta berjiwa sukarela. Sudah semestinya pimpinan kini perlu bekerja lebih kuat untuk menanggani bukan sahaja keyakinan dari kalangan remaja malahan juga gejala-gejala sosial yang berterusan menimpa kalangan remaja.

Abah difahamkan seminggu yang lalu berlangsung mesyuarat jawatankuasa kali pertama bagi menentukan hala tuju Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu. Selepas akta Pertubhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 di luluskan tahun 2010 merupakan tahun permulaan yang menyeluroh bagi semua pertubuhan belia di pimpim oleh kalangan belia berumur dibawah 40 tahun. Sudah semestinya beberapa kelemahan akan wujud disana sini ekoran perubahan mendadak kepimpinan disemua peringkat. Ini tidak termasuk beberapa perebutan jawatan yang membawa kepada sedikit kekerohan dalam kepimpinan. Namun abah yakin kalangan pimpinan yang diberikan amanah telah bersedia samada fizikal maupun mental untuk membentuk kalangan remaja yang mempunyai semangat kenegaraan disesuaikan pula dengan hasrat PM kearah 1Malaysia.

Abah sekadar mencoretkan sedikit citra pendek untuk renungan bersama.

Wassalam.

Keputusan SPM 2009

I

nsya Allah, khamis ini akan diumumkan keputusan SPM 2009. Sudah tentu para ibubapa akan berdebar-debar menanti tarikh tersebut lebih-lebih lagi kepada ibubapa yang kali pertama melalui mengalaman ini. Para pelajar juga tidak kurang dengan debarannya. Abah juga tidak terlepas dari melalui debaran itu kerana Along akan ke sekolahnya Kolej Melayu Kuala Kangsar pada Rabu ini bagi mendapatkan keputusan peperiksaan SPMnya.

Dengan keluarnya info-info yang berkaitan dengan biasiswa oleh pihak-pihak seperti JPA dan MARA, memeberikan satu fenomena yang agak sukar sedikit untuk mendapatkan info-info sebegini kerana bimbang akan terlepas pandang. Almaklumlah anak pertama. Tiada pengalaman lagi.


Apa pun abah mengharapkan keputusan nanti akan menyebelahi along setelah berhempas pulas menimba ilmu. be confident….sentiasa doa kpd Tuhan.

Tahun ni pulak angah akan mengambil peperiksaan PMR. Angah ang kini bersekolah di Sek. Men. Sains Dungun agak ketara sedikit peningkatannya apabila naik kelas dari kelas 2C kepada kelas 3A pada tahun ni. Abah agak kagum dengan peningkatan ini. Abah juga menaruh keyakinan kepada angah bagi menempuhi PMR tahun ini. Insya Allah angah mengulangi kejayaan yang along buat.

Sunday, January 17, 2010

Gerhana Matahari Separa

P

ada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 lalu, satu kejaiban ciptaan Illahi telah berlaku iaitu kejadian gerhana matahari. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Abah sempat merakamkan beberapa keping gambar melalui kamera dengan dibantu negetif filem. Abah pun tidak sangka dengan hasil yang diperolehi cuma rakaman yang abah buat agak terlambat iaitu pada kira-kira jam 4.33 petang.









Monday, January 11, 2010

Keutuhan Pertubuhan Belia ( Samb)

S

ebenarnya, dalam memastikan pertubuhan belia mampu mewujudkan aktiviti dan program yang boleh menarik minat ahli-ahli bukanlah sesuatu yang mudah. Sikap dan kemampuan pemimpin berupaya menjadikan setiap pertubuhan belia berjaya. Seperti melahirkan usahawan, penternak, petani malahan pemimpin yang mampu memimpin persatuan pada masa depan.

Abah yang pada awalnya bukan tahu sangat untuk mengurus persatuan belia telah berupaya ekoran minat dan usaha berterusan bagi manjadikan kampung abah mempunyai persatuan belia yang disegani.


Pada awal tahun 1986 Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat ( Tersat tu nama mukim Tersat dalam Daerah Hulu Terengganu, iaitu gabungan beberapa buah kampung ) yang menjadi antara persatuan belia agak aktif telah dicalonkan ke peringkat daerah Anugerah Kurnia Belia Jaya (AKBJ)Peringkat Daerah dan menjadi Johan. Selepas itu dipilih pula mewakili Negeri Terengganu juga menjadi johan. Selepas itu dipilih pula mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Sewaktu Perhimpunan Hari dan Minggu Belia Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan pada 9 Jun 1986 dan diadakan pula di Padang Bola Kampung Kuala Menjing abah tidak dapat menyembunyikan rasa bangga kerana sudahlah dipilih sebagai Johan AKBJ di buat pula pelancaran di kampung sendiri.YAB Menteri Besar datang sendiri menyampaikan anugerah dengan disaksikan oleh ribuan ahli belia dari seluroh Negeri Terengganu. Di susuli pula dengan Perkhemahan Belia di Kem Asas Por selama 3 hari. Selama seminggu abah dan seluroh warga belia kampung serta penduduk kampung bergotong royong menjayakan perhimpunan tersebut.

Ekoran kejayaan itu, berbagai bantuan dan peruntukan datang mencurah-curah di berikan kepada para belia di kampung dan penduduk kampung juga mendapat nikmat. Antaranya jalan-jalan pertanian, bangunan baru persatuan belia, bangunan bengkel teknologi desa, bangunan bengkel jahitan serta peruntukan bagi mengadakan beberapa program yang berbentuk kerohanian dan kepimpinan. Nama Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat terus terpahat sebagai persatuan belia contoh.

Selepas kemenangan itu, nama Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat ditukar kepada Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Kuala Menjing bersesuaian dengan nama Kampung Kuala Menjing. Pada tahun 1989 sekali lagi di calonkan menyertai AKBJ tetapi kali ini mendapat tempat ketiga diperingkat negeri. Semenjak itu pemimpin persatuan tidak menoleh kebelakang lagi, terus merangka berbagai program dan aktiviti bagi membawa ahli-ahli kearah kebaikan yang di tentukan dalam membentuk persatuan belia.


BERSAMBUNG LAGI.............

Sunday, January 10, 2010

Keutuhan Pertubuhan Belia

P

ada 8 Januari 2010 lalu adalah hari terakhir abah berada dalam pertubuhan belia secara rasminya, kerana pada hari itulah penyerahan tugas secara rasmi sebagai Setiausaha Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu. Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu yang diadakan pada hari itu yang dirasmikan oleh YB Datuk Abdul Rahin b Mohd Said, Exco Kerajaan Negeri Terengganu telah menzahirkan pelepasan jawatan oleh semua j/kuasa MBDHT yang berumur lebih 40th.



Berbagai karektor yang lahir dari kecemelangan persatuan-persatuan belia akhirnya terpaksa melepaskan jawatan dalam pertubuhan belia ekoran akta belia yang tidak membenarkan pemimpin melebihi umur 40 th. Seramai 20 orang j/kuasa telah merelakan MBDHT dipimpin oleh kalangan pimimpin baru yang muda dan bertenaga.




Abah yang bergelumang dengan persatuan belia selama 30 tahun, sesungguhnya melahirkan rasa bangga kerana meninggalkan pertubuhan belia dalam keadaan yang cemerlang dan berjaya melahirkan beberapa pemimpin muda yang mampu membawa persatuan-persatuan belia kearah yang dikehendakai oleh Kementerian Belia.

Kalau ikutkan pengalaman abah, tidak mampu abah catatkan kesemuanya tetapi sebagai coretan pengalaman akan abah coretkan pengalaman tersebut dalam siri-siri yang mendatang. Pada kali ini abah akan mulakan dengan permulaan abah di perkenalkan dalam kerja-kerja sukarela dalam persatuan belia.

Abah di pertanggungjawabkan sebagai setiausaha persatuan belia pada tahun 1980 iaitu Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat. Satu apa pun abah tidak tahu apa itu persatuan belia. Namun berkat tabah kerana tanggungjawab abah akhirnya berupaya mengemudi pentadbiran persatuan belia tersebut. Dibimbing oleh beberapa orang yang hebat ketika itu, seperti Encik Ramli Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengga, Encik Talaha Ali, Setiausaha Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu, Encik Abdul Latif Mohd ( Arwah - Alfatihah untuknya ), Setiausaha Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Hulu Terengganu, Encik Asaari Salleh, AJK MBDHT.

Akhirnya abah berdepan dengan cabaran sebenar ekoran pencalonan Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat mewakili daerah ke Anugerah Kurnia Belia Jaya pada tahun 1986. Selepas bertungkus lumus membuat persediaan dibantu dengan aktiviti dan program yang berjaya menarik minat para juri, persatuan belia ini menang pertandingan tersebut diperingkat Daerah dan negeri seterusnya mewakili negeri keperingkat kebangsaan. Antara juri dari kementerian yang datang bagi penghakiman tersebut ialah Encik Soraya Selamat sebagai ketua juri.Malangnya diperingkat kebangsaan persatuan ini tidak berupaya menandingi kehebatan persatuan-persatuan negeri lain yang jauh lebih hebat.

Namun begitu, mendapat anugerah Johan diperingkat negeri sudah cukup membanggakan kerana kali pertama menyertai terus dipilih sebagai Johan. Dengan persediaan yang agak singkat dan keupayaan ang terhad, akhirnya di nobatkan sebagai Johan amatlah besar ertinya.

BERSAMBUNG ----------

Tuesday, January 05, 2010

Kalimah 'Allah' - Ayuh sertai bantahan On-lain

A

dakah anda tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah 'Allah' oleh agama lain tetapi tidak tahu bagaimana hendak meluahkannya?

Anda layari Tandatangan Petisyen Bantahan dan isi borang tersebut. Borang tersebut begitu senang untuk diisi dan sehingga saat penulis menulis artikel ini, penulis adalah yang ke-6344 orang.

Kita memerlukan lebih ramai lagi penyertaan dari umat Islam di negara ini. Kita mahu angka yang mencecah jutaan orang!

Sila hebahkan link Tandatangan Petisyen Bantahan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga masing-masing. Sila rujuk memorandum yang telah disediakan :-


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails