Monday, September 12, 2011

Abah Sayang Emak.

Alhamdulillah.... Dalam kesibukkan seharian abah tidak ambil tahu sangat tentang sambutan itu dan ini. Lebih-lebih lagi hal-hal sendiri. Sehinggalah petang semalam isteri abah memberitahu bahawa esok ( hari ini ) adalah ulangtahun ke 20 perkahwinan kita. Huh... dah 20 tahun abah berkongsi hidup dengan emak ( isteri abah tersayang - pangilan mesra ). Memanglah pun, anak abah yang sulong dah pun 19 tahun usianya dan baru saja mendaftar masuk ke UiTM Machang Kelantan pada 6 Sep lalu. 20 tahun lalu abah diijab qabulkan oleh jurunikah bagi berkongsi hidup dengan isteri abah, tidak tergambar akan kehidupan yang bakal abah lalui. Kini selepas 20 tahun berlalu, kehidupan abah sekeluarga sungguh bahagia. Isteri abah adalah seseorang lengkap bagi abah. Di serikan lagi dengan 4 orang cahaya mata yang telah mencapai usia 19 th (Along ) 14 th ( Angah ), 12 th ( Kak Teh ) dan 7 th Adik Iman. Kini yang masih tinggal bersama abah ialah kak teh dan adik iman. Along dan angah mula belajar berdikari tinggal berasingan selepas tamat tahun 6 untuk ke Sek berasrama penuh. Kesemua kejayaan anak-anak abah adalah berkat kasih sayang dari emak yang tabah membesarkan anak2. Emak telah banyak berkorban untuk kebahagian keluarga. Apa yang dapat abah ucapkan buat emak isteri tersayang ialah terima kasih.
Inilah rupa kad jemputan majlis walimatul urus abah 20 tahun lalu. Pada waktu itu, dah kira cantik dah ni.
Sekadar imbauan 20 tahun lalu. hahaha......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails