Sunday, January 10, 2010

Keutuhan Pertubuhan Belia

P

ada 8 Januari 2010 lalu adalah hari terakhir abah berada dalam pertubuhan belia secara rasminya, kerana pada hari itulah penyerahan tugas secara rasmi sebagai Setiausaha Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu. Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu yang diadakan pada hari itu yang dirasmikan oleh YB Datuk Abdul Rahin b Mohd Said, Exco Kerajaan Negeri Terengganu telah menzahirkan pelepasan jawatan oleh semua j/kuasa MBDHT yang berumur lebih 40th.



Berbagai karektor yang lahir dari kecemelangan persatuan-persatuan belia akhirnya terpaksa melepaskan jawatan dalam pertubuhan belia ekoran akta belia yang tidak membenarkan pemimpin melebihi umur 40 th. Seramai 20 orang j/kuasa telah merelakan MBDHT dipimpin oleh kalangan pimimpin baru yang muda dan bertenaga.




Abah yang bergelumang dengan persatuan belia selama 30 tahun, sesungguhnya melahirkan rasa bangga kerana meninggalkan pertubuhan belia dalam keadaan yang cemerlang dan berjaya melahirkan beberapa pemimpin muda yang mampu membawa persatuan-persatuan belia kearah yang dikehendakai oleh Kementerian Belia.

Kalau ikutkan pengalaman abah, tidak mampu abah catatkan kesemuanya tetapi sebagai coretan pengalaman akan abah coretkan pengalaman tersebut dalam siri-siri yang mendatang. Pada kali ini abah akan mulakan dengan permulaan abah di perkenalkan dalam kerja-kerja sukarela dalam persatuan belia.

Abah di pertanggungjawabkan sebagai setiausaha persatuan belia pada tahun 1980 iaitu Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat. Satu apa pun abah tidak tahu apa itu persatuan belia. Namun berkat tabah kerana tanggungjawab abah akhirnya berupaya mengemudi pentadbiran persatuan belia tersebut. Dibimbing oleh beberapa orang yang hebat ketika itu, seperti Encik Ramli Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengga, Encik Talaha Ali, Setiausaha Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu, Encik Abdul Latif Mohd ( Arwah - Alfatihah untuknya ), Setiausaha Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Hulu Terengganu, Encik Asaari Salleh, AJK MBDHT.

Akhirnya abah berdepan dengan cabaran sebenar ekoran pencalonan Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat mewakili daerah ke Anugerah Kurnia Belia Jaya pada tahun 1986. Selepas bertungkus lumus membuat persediaan dibantu dengan aktiviti dan program yang berjaya menarik minat para juri, persatuan belia ini menang pertandingan tersebut diperingkat Daerah dan negeri seterusnya mewakili negeri keperingkat kebangsaan. Antara juri dari kementerian yang datang bagi penghakiman tersebut ialah Encik Soraya Selamat sebagai ketua juri.Malangnya diperingkat kebangsaan persatuan ini tidak berupaya menandingi kehebatan persatuan-persatuan negeri lain yang jauh lebih hebat.

Namun begitu, mendapat anugerah Johan diperingkat negeri sudah cukup membanggakan kerana kali pertama menyertai terus dipilih sebagai Johan. Dengan persediaan yang agak singkat dan keupayaan ang terhad, akhirnya di nobatkan sebagai Johan amatlah besar ertinya.

BERSAMBUNG ----------

2 comments:

myma said...

ASkum Abah. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas kejayaan tuan memimpin organisasi belia.Harapan sy semoga tuan terus mempimpin adik-adik bagi mengemudi bahtera kepimpinan belia supaya adik-adik yg memimpin organisasi belia dapat mewarisi kepimpinan yang lalu dengan jaya ,InsyaAllah. Cg Yusof,RApera

myma said...

ASkum Abah. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas kejayaan tuan memimpin organisasi belia.Harapan sy semoga tuan terus memimpin adik-adik bagi mengemudi bahtera kepimpinan belia supaya adik-adik yg memimpin organisasi belia hari ini dapat mewarisi kepimpinan yang lalu dengan jaya ,InsyaAllah. Cg Yusof,RAPERA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails