Monday, January 11, 2010

Keutuhan Pertubuhan Belia ( Samb)

S

ebenarnya, dalam memastikan pertubuhan belia mampu mewujudkan aktiviti dan program yang boleh menarik minat ahli-ahli bukanlah sesuatu yang mudah. Sikap dan kemampuan pemimpin berupaya menjadikan setiap pertubuhan belia berjaya. Seperti melahirkan usahawan, penternak, petani malahan pemimpin yang mampu memimpin persatuan pada masa depan.

Abah yang pada awalnya bukan tahu sangat untuk mengurus persatuan belia telah berupaya ekoran minat dan usaha berterusan bagi manjadikan kampung abah mempunyai persatuan belia yang disegani.


Pada awal tahun 1986 Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat ( Tersat tu nama mukim Tersat dalam Daerah Hulu Terengganu, iaitu gabungan beberapa buah kampung ) yang menjadi antara persatuan belia agak aktif telah dicalonkan ke peringkat daerah Anugerah Kurnia Belia Jaya (AKBJ)Peringkat Daerah dan menjadi Johan. Selepas itu dipilih pula mewakili Negeri Terengganu juga menjadi johan. Selepas itu dipilih pula mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Sewaktu Perhimpunan Hari dan Minggu Belia Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan pada 9 Jun 1986 dan diadakan pula di Padang Bola Kampung Kuala Menjing abah tidak dapat menyembunyikan rasa bangga kerana sudahlah dipilih sebagai Johan AKBJ di buat pula pelancaran di kampung sendiri.YAB Menteri Besar datang sendiri menyampaikan anugerah dengan disaksikan oleh ribuan ahli belia dari seluroh Negeri Terengganu. Di susuli pula dengan Perkhemahan Belia di Kem Asas Por selama 3 hari. Selama seminggu abah dan seluroh warga belia kampung serta penduduk kampung bergotong royong menjayakan perhimpunan tersebut.

Ekoran kejayaan itu, berbagai bantuan dan peruntukan datang mencurah-curah di berikan kepada para belia di kampung dan penduduk kampung juga mendapat nikmat. Antaranya jalan-jalan pertanian, bangunan baru persatuan belia, bangunan bengkel teknologi desa, bangunan bengkel jahitan serta peruntukan bagi mengadakan beberapa program yang berbentuk kerohanian dan kepimpinan. Nama Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat terus terpahat sebagai persatuan belia contoh.

Selepas kemenangan itu, nama Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat ditukar kepada Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Kuala Menjing bersesuaian dengan nama Kampung Kuala Menjing. Pada tahun 1989 sekali lagi di calonkan menyertai AKBJ tetapi kali ini mendapat tempat ketiga diperingkat negeri. Semenjak itu pemimpin persatuan tidak menoleh kebelakang lagi, terus merangka berbagai program dan aktiviti bagi membawa ahli-ahli kearah kebaikan yang di tentukan dalam membentuk persatuan belia.


BERSAMBUNG LAGI.............

1 comment:

Anonymous said...

kenapa Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Kuala Menjing dh tak masuk AKBJ lagi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails