Tuesday, May 11, 2010

Matrikulasi

Assalamualaiku w.w.

Selesai sudah satu penantian buat abah apabila Along telah selamat melapurkan diri di Kolej Mara Kuala Nerang. Walaupun hanya matrikulasi namun abah berbangga dengan ketabahan dan sikap ingin belajar yang ditunjukkan oleh along. Abah telah menyediakan yang terbaik untuk pelajaran anak-anak. Dengan berbekalkan doa, abah berharap selama setahun along di Kuala Nerang akan dapat memberikan tumpuan bagi merealisasikan kejayaan yang along cita-citakan.

Selain along, angah juga sedang berdepan dengan cabaran pertamanya di Sek. Men. Sains Dungun iaitu peperiksaan PMR pada tahun ini. Nampaknya tahun ini abah akan berdepan debaran yang besar juga. Namun begitu abah tetap yakin dengan keupayaan along dan angah untuk menempuh dengan cabaran ini.

Semasa melapurkan diri di KMKN, abah terpegun mendengar taklimat Puan Pengarah KMKN. Tidak disangkal lagi keupayaan KMKN melahirkan individu berjaya dalam bidang perakaunan. Kejayaan pelajar di sini sesungguhnya menjadi bualan para ibu bapa. Sebab itulah KMKN menjadi idaman para ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka kesana. Sepanjang berada di KMKN ( semasa pendaftaran ) abah sempat berbual dengan beberapa orang ibu bapa yang turut sama mengahantar anak-anak kesitu. Rata-rata melahirkan keyakinan bahawa anak meraka akan berupaya membawa balik kejayaan. Antara sebab utama ialah status KMKN yang memang berupaya mendidik anak bangsa.

Syabab Pengarah Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails