Tuesday, January 11, 2011

Adik dan Kakak Angkat

Salam 2 All,

Hari ini abah ke SK Bkt Gemuroh kerana menghadiri Majlis Penyerahan Pelajar Tahun 1 dan Prasekolah. Dalam majlis tu ramailah ibubapa yang hadir dari kalangan ibubapa pelajar Prasekolah dan Tahun 1. Abah yang di diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi PIBG sekolah tu turut berkesempatan hadir tambah pula anak bungsu abah adik iman baru masuk tahun 1. Bermakna adik iman akan mendapat seorang kakak angkat dari kalangan pelajar tahun 6.

Hari pula kali pertama Guru Besar SK Bukit Gemuroh Cikgu Abd Hadi Saad bertemu dengan ibubapa setelah ditukarkan ke sini. Abah pun mulanya rasa juga janggal sebab Guru Besar tu abang ipar abah. Kalau dulu abah sudah biasa dengan guru besar ( Cikgu Saidi ) kini dengan guru besar baru ni yang pula ada pertalian keluarga adalah rasa janggal siki nak duduk sebelah menyebelah tu. Tapi abah kena buat profesionallah. Ini bukan hal keluarga. So kena pandai-pandailah membiasakan diri.

Berbalik kisah majlis penyerahan pelajar yang dilangsungkan tadi, adik iman mendapat seorang kakak angkat pelajar tahun 6 iaitu Nur Eliana Zahirah bt Muhamad. Dah tu pihak sekolah hadiahkan pula alatulis sebagai tanda kenangan kepada adik iman. Yang Kak Teh pula mendapat adik angkat sebab kak teh berada di tahun 6. Adik angkat kak teh dua orang iaitu Tuan Nurzahida bt Tuan Lah dan Nur Asma bt Abd Hadi. Apa lagi lepas ni pasti adik iman tak putus-putus bercerita yang dia dapat kakak angkat.Memang dah tau sangat adik iman tu. Kalau dah bercerita macam bertih jagung kena goreng.

Sekian, Wassalam.
Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini

Monday, January 10, 2011

Along Lagi

Salam,

Sebelum abah coretkan kisah along nak abah sebut sikit tentang anak abah yang bongsu ni. Kak Tek balik rumah terus bercerita perihal Adik Iman. Punyalah kelakar. Selepas balik sekolah 12.45 tengahari kelmarin dia buat selamba terus masuk ke kelas Kak Teh yang darjah enam. Ketika itu guru sedang mengajar M3. Cikgu Zul yang mengajar terus bertanya " Hah.... nak apa. Duk situ diam2. Jangan bising". Bermaksud duduk dikerusi sebelah kakaknya. Semua pelajar kelas enam ketawa melihat telatah adik iman.Memanglah adik tak tahu sebenarnya apa yang boleh dan apa yang tidaknya.

Hari ini pula, abah akan datang lambat jemput mereka berdua di sekolah. Abah berpesan supaya adik iman minta izin dari guru kelas kak teh untuk duduk dalam kelas kak teh sambil menunggu abah jempu disekolah. Maklumlah budak darjah 1, kalau dibiarkan diluar sekolah, nanti berjalan tak tentu hala. Haru dibuatnya.

Habis cerita tu. Ni Kisah Along pulak yang hari ni menduduki peperiksaan Matrikulasi Semesta 2 penggal pertama. Hari ini Subjet English dan Akaun. Abah terkejut gak terima pangilan dari along pukul 8.45 pagi tadi yang kebetulan abah sedang bersiap untuk menghadiri mesyuarat di Wisma Daruliman. Abah hanya berpesan agar disamping menumpukan kepada mata pelajaran jangan lupa kepada suruhan Allah Taala. Selalulah mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk Illahi dalam masa menempuhi peperiksaan mahupun semasa belajar.

Abah pun hanya mampu berdoa dan bermunajab kehadrat Illahi semoga anak yang sulong abah ni boleh menjadi mentol kepada adik-adik yang lain. Insya Allah Tahun ni Kak Teh yang akan menempuhi UPSR akan turut ikut jejak abangnya yang lain.Walaupun abah sebenarnya agak ragu-ragu dengan keupayaan kak teh.

Sekian, Walahualam.Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini

Saturday, January 08, 2011

Happy Birthday Angah

Salam,

Hari ini tanggal 8 Januari adalah hari ulangtahun kelahiran angah. Huh.... Abah terkilan sangat sebab tak dapat mengucapkan selamat hari lahir pada angah secara live. Sebab angah ketika ini berada di Asrama Sekolah. Abah pula tak ada kesempatan untuk ke asramanya. Semalam pun Kak Teh begitu beria-ia mengajak abah dan mak ke asrama angah tapi apa boleh buat, abah sibuk sikit hari ini.


Apa pun abah dan emak mengharapkan angah dapat menimpa ilmu seberapa banyak dan jangan lupa solat. Lakukan diawal waktu. Ada kesempatan amalkan puasa sunat. Insya Allah Tuhan akan terangkan hati angah dalam menimba ilmu pengetahuan. Walaupun abah dan emak tak dapat mengadakan sambutan hari lahir angah namun doa kami agar angah sentiasa sihat sejahtera.

Wassalam.

Tuesday, January 04, 2011

Malaysia typing spped test

Saja nak cubaCubalah kekawan yang jadi types tu. 35 perkataan

Speed test

2011 penuh harapan

Hari ini abah lama mengadap PC. Bukan apa biasalah awal-awal tahun ni tak banyak kerja yang nak dibuat. Habis tu mengadap pc lah. lama jugak abah menatap blog abah yang tidak terusik. Apa lagi abah pun buat banyak perubahan dengan blog abah ni. yang penting semua link politik dah abah delete. abah fikir tahun ni abah nak tumpu pada kisah hidup abah yang mungkin nak abah coretkan di blog ini.

Abah fikir nak beri sikit tumpuan kepada soal-soal anak-anak yang pada abah perlu diberi penekanan. Abah nak anak-anak abah jadikan blog ni sebagai rakan pembimbing semasa di alam pembelajaran ni. Selalunya nasihat secara tidak langsung kadang-kadang boleh meninggalkan kesan yang lebih baik. Abah akan cuba mendampingi anak-anak dengan bercerita dan berpesan secara berterusan.

Dalam hal ini abah akan dapatkan pandangan dan panduan rakan-rakan maya yang bersedia membantu abah.

Monday, January 03, 2011

Salam Perpisahan buat Cikgu Saidi

Selamat bertugas ditempat baru kepada Guru Besar SK Bukit Gemuroh. Cikgu Saidi yang terkenal sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.Hari ini beliau akan menginggal SK Bukit Gemuroh yang banyak menabur bakti buat anak kampun Bukit Gemuroh dan Kuala Menjing.
Abah sebagai Pengerusi PIBG SK Bukit Gemuroh merakamkan setingi-tinggi terima kasih kepada Cikgu Saidi yang berjaya membawa SK Bukit Gemuroh diantara sekolah terbaik dan dikenali di Daerah Hulu Terengganu.

Juga selamat datang kepada Guru Besar yang baru iaitu Cikgu Abdul Hadi Saad.Semoga dengan kehadiran Guru Besar baru ini akan membuka lembaran baru yang lebih hebat lagi buat SK Bukit Gemuroh, Guru-Guru dan juga kepada pelajarnya.

SELAMAT MAJU JAYA

sElamat taHun baRu 2010

2010 pergi meninggalkan kita. Banyak pahit mahit manis ditempuhi dalam 365 hari yang lalu. Kini 2011 datang. Agak lama abah tidak update blog ini. Ini ekoran kesibukan yang tidak mengizinkan abah menambah maklumat baru dalam laman ini.
Namun selepas beberapa ketika abah dapat jua menambah entry baru dalam blog ini. Sesuai pula dengan sambutan tahun baru 2011 abah jangka akan ada kesempatan yang banyak bagi membuat update keatas blog ini.


Hari ini hari pertama persekolahan. Anak bongsu abah melangkahkan kaki ke alam persekolahan setelah 2 tahun berada disekolah tadika. Agak gusar juga abah melepaskan adik iman ke sekolah kerana abah tahu perangai dia sukar nak difahami. Tambah pula kakinya belum pulih sepenuhnya selepas tersepit pada tayar motosikal dibahagian tumitnya. Abah menunggu sehingga semua pelajar masuk kedalam dewan dan adik iman pun turut serta dan melambaikan tangannya menunjukkan dia dapat menyesuaikan diri.

Hari ini juga angah melangkah ketingkatan 4 Sek. Men. Sains Dungun. PMR yang lalu angah mengulangi kejayaan yang di capai oleh Along dengan mendapat 8A. Tahniah angah. Abah amat berbangga dengan anak-anak abah. Di tingkatan 4 ini abah berharap angah akan berusaha awal dengan membuat persediaan bagi menghadapi SPM tahun 2012.

Hari ini juga Along yang kini mengikuti metrikulasi di Kuala Nerang menghadapi peperiksaan percubaan semesta kedua. Setelah 6 bulan di Kolej Mara Kuala Nerang along akan menempuhi peperiksaan di semesta kedua. Insya Allah along juga akan membawa kejayaan. Usaha Tangga Kejayaan.

Hari ini juga Kak Teh, anak ketiga abah yang satu-satunya perempuan melangkah ke dajah 6. Tahun ini Kak Teh akan menempuhi peperiksaan UPSR. Abah yakin Kak Teh akan meneruskan kesinambungan kejayaan yang dibuat oleh Along dan Angah yang telah berjaya mendapat 5A di UPSR.

SELAMAT BERJAYA KEPADA ANAK-ANAK ABAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails