Sunday, January 17, 2010

Gerhana Matahari Separa

P

ada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 lalu, satu kejaiban ciptaan Illahi telah berlaku iaitu kejadian gerhana matahari. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Abah sempat merakamkan beberapa keping gambar melalui kamera dengan dibantu negetif filem. Abah pun tidak sangka dengan hasil yang diperolehi cuma rakaman yang abah buat agak terlambat iaitu pada kira-kira jam 4.33 petang.









2 comments:

taipingmali said...

Terima kasih kerana meletakkan blog saya dalam blog tuan. sudikah jika saya meletakkan blog tuan dalam inkubator saya. sila ke laman blog saya untuk info

bRAVEhEART said...

Salam Ziarah ~RAVEhEART

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails