Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum w.w.

Salam 1Malaysia buat semua guru-guru seluroh malaysia.
Hari ini seluruh warga pendidik menyambut hari bersejarah dengan penuh kesyukuran. Sudah semestinya mereka boleh berbangga dengan usaha murni yang selama ini. Tanpa mereka negara tidak mampu menjana mayarakat berilmu. Tanpa mereka generasi intelek tidak berupaya dilahirkan. Sudah semestinya para pendidik layak diiktiraf dengan pengiktirafan yang tinggi. Kejayaan generasi akan datang banyak bergantung kepada dedikasi yang ditunjukkan oleh para pendidik.


Abah juga sering teringat akan kenangan silam dimana cikgu abah samada semasa abah di sekolah rendah maupun menengah. Cikgu Ghani Guru Besar, cikgu Mohd Nor, Cikgu Aziz antara guru yang banyak meninggalkan nostalgia sewaktu abah di sekolah rendah. Cikgu Mohd dan Cikgu Ramli antara cikgu abah disek menengah rendah yang masih mampu diingati. Teringat sewaktu perlawanan tinju antara Mohamad Ali menentang Joe Bagner kami para pelaja di beri peluang untuk menonton perlawanan tersebut dan dikumpul dalam kelas yang diubah suai menjadi menjadi dewan.

Semasa di Sek. Men. Atas abah telah mampu berdikari. Namun begitu didikan dan curahan ilmu dari guru telah meninggalkan kesan yang nostagia bila mana abah telah diberi kesempatan untuk belajar bermacam perkara. Cikgu Horly Issac antara yang banyak memberi pendedahan tersebut. Sudah tentu cikgu-cikgu lain juga telah dengan segala usaha memberi didikan yang baik juga kepada abah dan tidak termampu dibalas. Ucapan terima kasih sahaja yang mampu abah berikan selain dari memohon dari Illahi agar kehidupan dunia dan akhirat para guru abah dilindungi dari segala bencana.

SELAMAT HARI GURU.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails