Monday, January 03, 2011

sElamat taHun baRu 2010

2010 pergi meninggalkan kita. Banyak pahit mahit manis ditempuhi dalam 365 hari yang lalu. Kini 2011 datang. Agak lama abah tidak update blog ini. Ini ekoran kesibukan yang tidak mengizinkan abah menambah maklumat baru dalam laman ini.
Namun selepas beberapa ketika abah dapat jua menambah entry baru dalam blog ini. Sesuai pula dengan sambutan tahun baru 2011 abah jangka akan ada kesempatan yang banyak bagi membuat update keatas blog ini.


Hari ini hari pertama persekolahan. Anak bongsu abah melangkahkan kaki ke alam persekolahan setelah 2 tahun berada disekolah tadika. Agak gusar juga abah melepaskan adik iman ke sekolah kerana abah tahu perangai dia sukar nak difahami. Tambah pula kakinya belum pulih sepenuhnya selepas tersepit pada tayar motosikal dibahagian tumitnya. Abah menunggu sehingga semua pelajar masuk kedalam dewan dan adik iman pun turut serta dan melambaikan tangannya menunjukkan dia dapat menyesuaikan diri.

Hari ini juga angah melangkah ketingkatan 4 Sek. Men. Sains Dungun. PMR yang lalu angah mengulangi kejayaan yang di capai oleh Along dengan mendapat 8A. Tahniah angah. Abah amat berbangga dengan anak-anak abah. Di tingkatan 4 ini abah berharap angah akan berusaha awal dengan membuat persediaan bagi menghadapi SPM tahun 2012.

Hari ini juga Along yang kini mengikuti metrikulasi di Kuala Nerang menghadapi peperiksaan percubaan semesta kedua. Setelah 6 bulan di Kolej Mara Kuala Nerang along akan menempuhi peperiksaan di semesta kedua. Insya Allah along juga akan membawa kejayaan. Usaha Tangga Kejayaan.

Hari ini juga Kak Teh, anak ketiga abah yang satu-satunya perempuan melangkah ke dajah 6. Tahun ini Kak Teh akan menempuhi peperiksaan UPSR. Abah yakin Kak Teh akan meneruskan kesinambungan kejayaan yang dibuat oleh Along dan Angah yang telah berjaya mendapat 5A di UPSR.

SELAMAT BERJAYA KEPADA ANAK-ANAK ABAH

1 comment:

cheekychubbycutegirl said...

selamat tahun bru jgk abah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails