Sebelum abah coretkan kisah along nak abah sebut sikit tentang anak abah yang bongsu ni. Kak Tek balik rumah terus bercerita perihal Adik Iman.
Hari ini pula, abah akan datang lambat jemput mereka berdua di sekolah. Abah berpesan supaya adik iman minta izin dari guru kelas kak teh untuk duduk dalam kelas kak teh sambil menunggu abah jempu disekolah. Maklumlah budak darjah 1, kalau dibiarkan diluar sekolah, nanti berjalan tak tentu hala. Haru dibuatnya.
Habis cerita tu. Ni Kisah Along pulak yang hari ni menduduki peperiksaan Matrikulasi Semesta 2 penggal pertama. Hari ini Subjet English dan Akaun. Abah terkejut gak terima pangilan dari along pukul 8.45 pagi tadi yang kebetulan abah sedang bersiap untuk menghadiri mesyuarat di Wisma Daruliman. Abah hanya berpesan agar disamping menumpukan kepada mata pelajaran jangan lupa kepada suruhan Allah Taala. Selalulah mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk Illahi dalam masa menempuhi peperiksaan mahupun semasa belajar.
Abah pun hanya mampu berdoa dan bermunajab kehadrat Illahi semoga anak yang sulong abah ni boleh menjadi mentol kepada adik-adik yang lain. Insya Allah Tahun ni Kak Teh yang akan menempuhi UPSR akan turut ikut jejak abangnya yang lain.Walaupun abah sebenarnya agak ragu-ragu dengan keupayaan kak teh.
Sekian, Walahualam.Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini
No comments:
Post a Comment