Sunday, January 17, 2010

Gerhana Matahari Separa

P

ada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 lalu, satu kejaiban ciptaan Illahi telah berlaku iaitu kejadian gerhana matahari. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Abah sempat merakamkan beberapa keping gambar melalui kamera dengan dibantu negetif filem. Abah pun tidak sangka dengan hasil yang diperolehi cuma rakaman yang abah buat agak terlambat iaitu pada kira-kira jam 4.33 petang.









Monday, January 11, 2010

Keutuhan Pertubuhan Belia ( Samb)

S

ebenarnya, dalam memastikan pertubuhan belia mampu mewujudkan aktiviti dan program yang boleh menarik minat ahli-ahli bukanlah sesuatu yang mudah. Sikap dan kemampuan pemimpin berupaya menjadikan setiap pertubuhan belia berjaya. Seperti melahirkan usahawan, penternak, petani malahan pemimpin yang mampu memimpin persatuan pada masa depan.

Abah yang pada awalnya bukan tahu sangat untuk mengurus persatuan belia telah berupaya ekoran minat dan usaha berterusan bagi manjadikan kampung abah mempunyai persatuan belia yang disegani.


Pada awal tahun 1986 Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat ( Tersat tu nama mukim Tersat dalam Daerah Hulu Terengganu, iaitu gabungan beberapa buah kampung ) yang menjadi antara persatuan belia agak aktif telah dicalonkan ke peringkat daerah Anugerah Kurnia Belia Jaya (AKBJ)Peringkat Daerah dan menjadi Johan. Selepas itu dipilih pula mewakili Negeri Terengganu juga menjadi johan. Selepas itu dipilih pula mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Sewaktu Perhimpunan Hari dan Minggu Belia Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan pada 9 Jun 1986 dan diadakan pula di Padang Bola Kampung Kuala Menjing abah tidak dapat menyembunyikan rasa bangga kerana sudahlah dipilih sebagai Johan AKBJ di buat pula pelancaran di kampung sendiri.YAB Menteri Besar datang sendiri menyampaikan anugerah dengan disaksikan oleh ribuan ahli belia dari seluroh Negeri Terengganu. Di susuli pula dengan Perkhemahan Belia di Kem Asas Por selama 3 hari. Selama seminggu abah dan seluroh warga belia kampung serta penduduk kampung bergotong royong menjayakan perhimpunan tersebut.

Ekoran kejayaan itu, berbagai bantuan dan peruntukan datang mencurah-curah di berikan kepada para belia di kampung dan penduduk kampung juga mendapat nikmat. Antaranya jalan-jalan pertanian, bangunan baru persatuan belia, bangunan bengkel teknologi desa, bangunan bengkel jahitan serta peruntukan bagi mengadakan beberapa program yang berbentuk kerohanian dan kepimpinan. Nama Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat terus terpahat sebagai persatuan belia contoh.

Selepas kemenangan itu, nama Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat ditukar kepada Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Kuala Menjing bersesuaian dengan nama Kampung Kuala Menjing. Pada tahun 1989 sekali lagi di calonkan menyertai AKBJ tetapi kali ini mendapat tempat ketiga diperingkat negeri. Semenjak itu pemimpin persatuan tidak menoleh kebelakang lagi, terus merangka berbagai program dan aktiviti bagi membawa ahli-ahli kearah kebaikan yang di tentukan dalam membentuk persatuan belia.


BERSAMBUNG LAGI.............

Sunday, January 10, 2010

Keutuhan Pertubuhan Belia

P

ada 8 Januari 2010 lalu adalah hari terakhir abah berada dalam pertubuhan belia secara rasminya, kerana pada hari itulah penyerahan tugas secara rasmi sebagai Setiausaha Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu. Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu yang diadakan pada hari itu yang dirasmikan oleh YB Datuk Abdul Rahin b Mohd Said, Exco Kerajaan Negeri Terengganu telah menzahirkan pelepasan jawatan oleh semua j/kuasa MBDHT yang berumur lebih 40th.



Berbagai karektor yang lahir dari kecemelangan persatuan-persatuan belia akhirnya terpaksa melepaskan jawatan dalam pertubuhan belia ekoran akta belia yang tidak membenarkan pemimpin melebihi umur 40 th. Seramai 20 orang j/kuasa telah merelakan MBDHT dipimpin oleh kalangan pimimpin baru yang muda dan bertenaga.




Abah yang bergelumang dengan persatuan belia selama 30 tahun, sesungguhnya melahirkan rasa bangga kerana meninggalkan pertubuhan belia dalam keadaan yang cemerlang dan berjaya melahirkan beberapa pemimpin muda yang mampu membawa persatuan-persatuan belia kearah yang dikehendakai oleh Kementerian Belia.

Kalau ikutkan pengalaman abah, tidak mampu abah catatkan kesemuanya tetapi sebagai coretan pengalaman akan abah coretkan pengalaman tersebut dalam siri-siri yang mendatang. Pada kali ini abah akan mulakan dengan permulaan abah di perkenalkan dalam kerja-kerja sukarela dalam persatuan belia.

Abah di pertanggungjawabkan sebagai setiausaha persatuan belia pada tahun 1980 iaitu Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat. Satu apa pun abah tidak tahu apa itu persatuan belia. Namun berkat tabah kerana tanggungjawab abah akhirnya berupaya mengemudi pentadbiran persatuan belia tersebut. Dibimbing oleh beberapa orang yang hebat ketika itu, seperti Encik Ramli Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengga, Encik Talaha Ali, Setiausaha Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu, Encik Abdul Latif Mohd ( Arwah - Alfatihah untuknya ), Setiausaha Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Hulu Terengganu, Encik Asaari Salleh, AJK MBDHT.

Akhirnya abah berdepan dengan cabaran sebenar ekoran pencalonan Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Tersat mewakili daerah ke Anugerah Kurnia Belia Jaya pada tahun 1986. Selepas bertungkus lumus membuat persediaan dibantu dengan aktiviti dan program yang berjaya menarik minat para juri, persatuan belia ini menang pertandingan tersebut diperingkat Daerah dan negeri seterusnya mewakili negeri keperingkat kebangsaan. Antara juri dari kementerian yang datang bagi penghakiman tersebut ialah Encik Soraya Selamat sebagai ketua juri.Malangnya diperingkat kebangsaan persatuan ini tidak berupaya menandingi kehebatan persatuan-persatuan negeri lain yang jauh lebih hebat.

Namun begitu, mendapat anugerah Johan diperingkat negeri sudah cukup membanggakan kerana kali pertama menyertai terus dipilih sebagai Johan. Dengan persediaan yang agak singkat dan keupayaan ang terhad, akhirnya di nobatkan sebagai Johan amatlah besar ertinya.

BERSAMBUNG ----------

Tuesday, January 05, 2010

Kalimah 'Allah' - Ayuh sertai bantahan On-lain

A

dakah anda tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah 'Allah' oleh agama lain tetapi tidak tahu bagaimana hendak meluahkannya?

Anda layari Tandatangan Petisyen Bantahan dan isi borang tersebut. Borang tersebut begitu senang untuk diisi dan sehingga saat penulis menulis artikel ini, penulis adalah yang ke-6344 orang.

Kita memerlukan lebih ramai lagi penyertaan dari umat Islam di negara ini. Kita mahu angka yang mencecah jutaan orang!

Sila hebahkan link Tandatangan Petisyen Bantahan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga masing-masing. Sila rujuk memorandum yang telah disediakan :-


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails