Sunday, April 20, 2008

Salasilah

Saya yang dilahirkan dari keturunan yang agak terkenal di Mukim Tersat, Hulu Terengganu. Susur galurnya dari Keturunan Tok Dahim iaitu antara pengikut Tok Belian Mahmud. Kini keturunan tersebut tersebar luas. Namun masih ramai yang menetap di kampung asal iaitu Kampung Kuala Menjing, Kuala Berang, Terengganu. Sememangnya keturunan Tok Dahim mempunyai keturunan yang paling ramai di kampung ini iaitu melebihi 200 orang. Dalam merapatkan tali siraturrahim seorang dari anak saya telah memulakan jejak mengenalpasti waris yang mempunyai perhubungan dengan keturunan Tok Dahim. Oleh itu, bagi membantu memudahkan aturan ini saya memohon mana-mana yang ada hubungan kekeluargaan bolehlah menghubungi saya melalui email : abahmisai@yahoo.com. Insya Allah sekiranya di izinkan Allah S.W.T. satu pertemuan yang julung kali dapat diadakan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails