Monday, August 08, 2011

Adik Iman Berpuasa

Assalamualikum w.w.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. Sepanjang Ramadhan ini sudah tentu muslimin dan muslimat dari berbagai lapisan masyarakat akan berlumba-lumba melakukan amalan yang ditentu oleh Allah s.w.t. Apabila tiba ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. Bertazkirahlah pulak.....

Abah meluangkan sedikit masa waktu ini untuk mencoretkan sedikit perasaan sepanjang 7 hari ramadhan 1432 ini.

Pertamanya, Abah sangat terharu kerana sehingga kini adik iman telah mula berpuasa penuh dan telah melalui hari-hari awal ramadhan dengan cekal. Ini tahun pertama adik iman berpuasa penuh. Kalu tahun sebelum ini adik iman hanya puasa separuh hari saja. Selepas balik dari dari kelas tadika terus kedapur buka peti ais dan apa lagi minumlah. Namun tahun ini, setelah adik iman berumur 7 tahun abah cuba sedaya upaya supaya adik iman dapat bertahan. Alhamdulillah nampaknya sehingga kini masih boleh menahan diri.

Mengenang kembali pada hari pertama ramadhan lalu, sunguh tercuit hati kecil abah. Apa tidaknya, balik saja dari sekolah adik iman terus minta air dan makanan. Walaupun pada malamnya sewaktu bersahur adik begitu beria-ia untuk berpuasa keesokkannya. Makan kami sekeluarga tidaklah selazat waktu berbuka. Cukup dengan roti dan telur ayam kampung separuh masak serta air.

Tidak mampu dipujuk untuk tidak berbuka, adik iman terus merayu untuk berbuka. Berbagai cara untuk menghalang adik dari berbuka. Sehingga jam 5 petang isteri abah dah mengalah untuk membenarkan adik berbuka ekoran rayuan yang tidak putus-putus. Antara pujuk rayu dari adik yang masih abah ingat ialah " matilah adik ni ". Itulah kata-kata yang menusuk hati abah. Namun abah tetap berusaha untuk memberi dorongan dan perangsan supaya adik iman boleh bertahan.

Abah ajak adik berjalan-jalan kekedai jualan hidangan berbuka dan abah menawarkan air tebu sebagai ganjaran sekiranya dapat bertahan sehingga waktu berbuka. ( Abah sengaja tidak belikan banyak kuih muih bagi mengelak adik minta itu dan ini dikemudian hari nanti. bukan apa membazir saja. Tak makan pun ). Akhirnya sehingga waktu berbuka adik dapat bertahan. Apa lagi habis air tebu diminumnya.

Selepas melalui hari pertama yang agak mencabar, hari-hari berikutnya adik seperti biasa dan tidak pun meminta makn atau minum. Cuma sesekali merungut.

Tahniah buat adik iman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails