Sunday, April 20, 2008

Salasilah

Saya yang dilahirkan dari keturunan yang agak terkenal di Mukim Tersat, Hulu Terengganu. Susur galurnya dari Keturunan Tok Dahim iaitu antara pengikut Tok Belian Mahmud. Kini keturunan tersebut tersebar luas. Namun masih ramai yang menetap di kampung asal iaitu Kampung Kuala Menjing, Kuala Berang, Terengganu. Sememangnya keturunan Tok Dahim mempunyai keturunan yang paling ramai di kampung ini iaitu melebihi 200 orang. Dalam merapatkan tali siraturrahim seorang dari anak saya telah memulakan jejak mengenalpasti waris yang mempunyai perhubungan dengan keturunan Tok Dahim. Oleh itu, bagi membantu memudahkan aturan ini saya memohon mana-mana yang ada hubungan kekeluargaan bolehlah menghubungi saya melalui email : abahmisai@yahoo.com. Insya Allah sekiranya di izinkan Allah S.W.T. satu pertemuan yang julung kali dapat diadakan.

Wednesday, April 02, 2008

Berkelah Di Sekayu

Anak-anak amat gembira bila berpeluang mandi manda di Air Terjun Sekayu atau di sungai. Kami sekeluarga ditemani rakan-rakan sekampung telah mandi manda di tempat perkelahan yang terkenal di negeri Terengganu iaitu Hutan Lipur Sekayu.

Tuesday, April 01, 2008

Anak Kesayangan


Kegembiraan anak-anak adalah kebahagian kami sekeluarga. Doa abah dan emak agar anak-anak tidak lupa akan kewajipan sebagai hamba Allah. Kejayaan Anak-anak adalah kegembiraan emak dan abah.

Visitor ke Cameron Highland


Menjejakkan kaki di Cameron Highland merupakan saat dinantikan buat anak2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails